Karenah birokrasi yang melampau-lampau..

geram, benci, bosan, kecewa . bangang pu ada jaug sistem uitm ni……under manitanence jer memannjang……..student dah semangat berkobar-kobar nak blajar.course tak bleh daftar..pastu pulak tak bleh daftar tak boleh masuk kelas……..abeh tu kalau dah sebulan, setahun pun asyik down jugak……..tak [payah nak mengaji la sebulan ngan setahun……diorang nui tak fikir ke student nmakhluk tuhan yang senang terpengaruh.silap2 dah lama sangat tak leh daftar ada jer pergi lorong Haji Taib Buat partt time..bukan nak hiperbola.dat’s is a fact.name jer uitm ni u paling murah.surat tawaran pun kena print sendrik.tu pun 2 days before tahu dapat Uitm…..universiti paling banyak birokarsi di anugerahkan kepda UiTm secara rasminya……..memang la sayang Uitm.siap bernazar lagi nak masuk sini.tapi benci gegila ngan system hampeh die……..

Politik Perak

Macam dah basi tapi panas balik.aku rasa ni lah isu paling kontroversi dalam sejarah politik malaysia……..kelantangan menentang institusi raja melayu hinggalah penentuan dan perebutan kerusi MB…..aku memang non-partisan nand always be……memang tak sepatutnya aku menyusahkan pala otak aku nak fikir benda tak faedah ni……..tapi bila memikirkan ia melibatkan masa depan anak bangsaku.so nak tak nak.aku tak nak terlepas beri komen….

sebagai manusia yang berlandaskan kewarassan logik.naluri ku kuat mengatakan dalam PRU yang seterusnya.pembangkang akan mengambil alih negara ni.tapi tu sume tekaan aku semata-mata berdasarkan polar sokongan rakyat kini…….then kemungkinan pergabungngan antara Umno dan PAs.sejujurnya aku menyokong gagasan ini memandang inilah jalan sebaik-baiknya untuk bangsa melayu yang berpadu atas nama Islam……mungkin inlah satu-satunya jalan mengekalkan ketuanan politik melayu……..aku rasa kita semakin tenggelam dalam arus ekonomi.tak dapat disangkal ada yang sanggup menjual maruah, agama dan bangsa kerna duit, harta dan pangkat.ada yang sanggup menyalak bagai anjing gila memperjuangkan musuh yang nyata………mungkinkah terjadi penyatuan yang ditunggu-tunggu……..aku tak sbar nak menantikan perubahan politik dengan diksi dan rendisi yang baru.i’am gonna wait n see……

PPSMI

Saudara Muhammad

Terima kasih atas persoalan PPSMI yg Muhammad utarakan……..mungkin kita berlainan fahaman dan pendapat mengenai isu ini………tapi mengenangkan ini merupakan ruang diskusi, maka saya akn cuba kupas dan berkongsi  apa yang saya rasa dan fahami mengenai perkara ini……..jadi apa yang kurang,harap dapt ditambah…….dan apa yang salah, harap boleh diperbetul………atas niat perkongsian ilmu secara adil…….moga diberkati Allah..

            Pertama sekali, perkara utama yang harus kita sedar dalam isu ini….kita bukanlah mahu berdebat mahu pun berbincang mengenai Bahasa mana yang lebih baik?Ataupun dlm erti kata lain……….Bahasa Melayu VS Bahasa Inggeris…………tapi saya kira titik perbincangan kita adalah dalam konteks bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar  dalam sains dan matematik……utk sama-sama kita menjustifikasi  manfaat ataupun kekangan terhadap pelaksanaan polisi ini……..Saya kira biar kita menelusuri apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan PPSMI..secara literalnya,ia merupakan singkatan proses pengajaran sains dan matematik dalam Bahasa Inggeris..dan sebagai  perkenalan terhadap PPSMI kita lihat kepada sejarah penubuhannya ..Penubuhannya telah dicetuskan oleh Tun Dr.Mahathir dan telah mula dilaksanakan pada tahun 2003 dan seperti yang kita maklum……………..saya dan Muhammad adalah merupakan generasi pertama yang menerima tempias daripada pelaksanaan polisis ini.Tatkala gagasan ini dilaksanakan ianya telah mencetuskan ribut kontroversi terutama kepada warga pendidik..ada yang menentang dan ada yang menyokong dan isu ini telah berlarutan hingga sekarang..

            Molek kiranya kita lihat dahulu apa objektif sebenar PPSMI ini..memetik kata-kata Tun Dr. Mahathir:

“  Matlamat PPSMI adalah sebagai persediaan kepada para pelajar untuk menghadapi arus globalisasi “

Maka apa yang dimaksudkan sebagai arus globalisasi adalah cabaran secara holistik tanpa mengenal sempadan kepada para pelajar untuk mendapatkan ilmu pengetahuan didokong oleh teknologi tetapi masih  disempadani oleh bahasa..

Maka dalam usaha utk mencapai matlamat itu, PPSMI dilihat sebagai platform terbaik utk melahirkan pelajar yang mempunyai persedian ke arah mencapai matlamat tersebut.Kemudian, mari kita lihat mengapa Sains dan matematik yang dipilih utk diajar dalam bahasa Inggeris dan bukannya agama,sejarah ataupun sivik.

Pertama, kedua-dua subjek ini merupakan subjek utama yang diberikan penumpuan oleh kementerian.Kedua, Subjek-subjek tersebut berpandukan kepada formula dan pemahaman konsep dan bukannya merupakan subjek bahasa.Sebagai contoh, “ satu tambah satu“ jawapannya tetap sama dengan “ one plus one “ ..bukannya bermaksud apabila kita mengalihkan bahasa, maka akan mengubah formula atau konsep sesebuah teori..

Yang kedua..kerajaan sedar bahasa untuk menjadi bangsa yang maju pengetahuannya, kita tidak boleh bergantung semata-mata kepada bahasa ibunda kita sendiri memandangkan Bahasa Inggeris merupakan bahasa antarabangsa,lingua franca yang menjadi  mendominasi hampir keseluruhan ilmu pengetahuan.

 

            Seperti yang dinyatakan oleh Muhammad, yang dahulunya kerajaan Abbasiyah boleh maju dan berkembang menjadi menjadi sebuah kerajaan yang berkuasa adalah semata-mata bersandarkan kepada bahasa ibunda mereka.Tetapi saya kira Muhammad sedikit terlupa, kerajaan ini maju bukanlah bersandarkan smata-mata kepada ilmu pengetahuan yang mereka kaji  dan yang mereka hasilkan tetapi turut mencedok hasil terjemahan daripada kitab-kitab ahli-ahli falsafah luar seperti Aristotle, Plato yang datangnya dari tamadun yang berbeza yang menggunakan bahasa yang juga berbeza.Maka apa yang dilakukan oleh kerajaan ini adalah dengan membentuk cendekiawan Islam yang berkemahiran menguasai bahasa lain utk menterjemah semula titipan mutiara ilmu yang sangat berharga ke dalam bahasa ibunda kerajaan Abbasiyah.Dan pada era kegemilangan kerajaan Abbasiyah, bahasa Arab menjadi lingua franca memandangkan pengaruh kekuasaaan yang dimiliki menarik bangsa-bangsa lain untuk turut berinteraksi dalam bahasa Arab juga yang pada ketika itu digunakan secara meluas..dan situasi yang sama berlaku pada zaman kegemilangan kesultanan Melaka yang pada ketika itu menjadi pelabuhan enterpot dan pusat perdagangan yang sangat terkenal di saentero dunia..dan disebabkan oleh pengaruh besar yang dimiliki oleh kerajaan Melaka dalam urusan perdagangan, maka bahasa melayu digunakan secara meluas dan diangkat sebagai Lingua franca pada zaman tersebut..sewajarnya kedua-dua kita harus bersetuju,utk melihat kepada taraf dan status quo dan kapasiti sebuah bahasa ….jika dahulu bahasa Arab dan melayu diangkat menjadi bahasa perantara dan bahasa ilmuwan……..maka begitu juga keadaannya sekarang..setuju atau tidak secara faktanya Bahasa Inggeris merupakan bahasa anatarabangsa dan digunakan secara meluas pada masa sekarang.Tidak dinafikan adanya kewujudan Bahasa utama dunia yang lain seperti Mandarin dan Bahasa Melayu………tapi melihatkan kepada objektif kemudahan dan keseragaman……pada masa kini……..Bahasa Inggeris diangkat sebagai bahasa ilmuwan dan masih lagi menjadi bahasa rasmi bagi urusan antarabangsa..mungkin keadaannya akan berubah pada masa akan datang seperti yang Muhammad ceritakan pada saya menegenai ramalan bahasa mandarin yang berkemungkinan menjadi menjadi lingua franca pada masa hadapan……….Persoalannya bila?Mungkin 10 tahun,mungkin 100 tahun dan mungkin 1000 tahun kemudian barulah ramalan ini menjadi nyata….kita boleh meramal tetapi akan ditentukan dan dihakimi oleh  masa………tetapi saya tetap tidak menolak kemungkinan yang sedia ada……Untuk melihat sesebuah bahasa diangkat dan berevolusi menjadi Lingua franca bukanlah satu perkara yang mudah tetapi membutuhkan jeda masa yang akhirnya mempengaruhi standard dan status bahasa tersebut…….

            Mari kita lihat apa sebenarnya status quo Bahasa Melayu sekarang…memang benar dan semestinya menjadi tanggungjawab kita untuk memartabatkan bahasa ibunda yang tercinta tetapi adakah hanya dengan bersandarkan kepada bahasa kita semata-mata maka kita akan menguasai ilmu?Jika Iskandar Zulkarnain mampu menakluk 1/3 dunia mempunyai kebolehan menguasai 9 jenis bahasa berlainan maka adalah menjadi satu kelemahan dan kekangan kepada beliau untuk menguasai ilmu dan menjadi pemimpin yang berkuasa……….saya kira tidak………adakah hanya dengan menguasai bahasa lain maka kita akan ketinggalan dalam survival ilmiah..saya kira jawapannya sebagai tidak………..malah menjadi kelebihan kepada kita untuk mempunyai beberapa langkah ke hadapan jika dibandingkan dengan bangsa lain…………kita janganlah berfikiran Jumud……..Bukannya apabila kita memberi penumpuan kepada bahasa asing khususnya bahasa lingua franca dalam mencapai matlamat survival ilmiah maka kita akan menghakis ketuanan bahasa ibunda kita….bahasa ibunda tetap dijaga dan disanjung dan pada masa yang sama kita mempunyai mempuyai kelebihan menguasai bahasa asing..seperti Muhammad Muhammad juga……..walaupun berjiwa melayu dan sangat mencintai Bahasa Melayu……..tetap juga mendapat Band 5 dalam MUET dan saya kira merupakan pencapaian dan penguasaan Bahasa Inggeris yang sangat membanggakan…….Adakah apabila Muhammad mempunyai penguasaan Bahasa Inggeris sangat baik jika nak dibandingkan dengan kawan-kawan Muhammad sebagai contoh seperti saya………maka Muhammad telah mengabaikan dan menidakkan ketuanan Bahasa Ibunda?………..jawapannya ada pada Muhammad sendiri……….

            Memang benar gelombang ilmu merupakan proses yang infiniti,sentiasa bergerak dan berkembang…..maka untuk melayari bahtera yang mampu tegar belayar di lautan ilimiah kita harus mempuyai bekalan dan persediaan yang mencukupi supaya tidak karam di tengah lautan dibadai arus globalisasi……Jika kunci kepada proses penjanaan ilmu pada masa sekarang  adalah dengan dengan menguasai Bahasa Inggeris maka kunci yang sama jugalah yang harus diguna……bukannya dengan menggunakan kunci yang lain………jika ya…….sampai bila-bila pun kita akan gagal memasuki dunia tersebut..dan akhirnya kita juga yang ketinggalan…….keadaan yang sama juga berlaku pada PPSMI……….jika hari ini kita hanya sekadar merungut dan berbantah dengan gagasan yang dilaksanakan, maka sampai bila kita akan maju..jika selamanya kita hanya mahu berada di zon yang selesa akhirnya kita tidak akan bergerak dan tepu di takuk yang lama………jika hanya kesenangan sahaja yang kita cari tetapi tidak pun membawa perubahan kepada kita maka kita tak ubah seperti katak di bawah tempurung……..tidak mahu bergerak dan hanya berlitupkan kepada pengetahuan yang sama biarpun dunia ilmu terus berkembang dan meninggalkan kita di belakang..saya kira pendirian dan fahaman tersebut sebagai menakutkan terutama bagi golongan mahasiswa seperti kita..

 

            Hari ini kita lihat bukannya semua subjek telah ditukarkan bahasa pengantaraannya ke dalam bahasa Inggeris…………secara kolektifnya,hanya 2 subjek teras telah ditukar ke dalam bahasa Inggeris daripada 48 subjek yang masih mengekalkan bahasa Ibunda……..jadi di manakah keadaan  pengabaian yang Muhammad timbulkan..adakah hari ini apabila kita mengikuti PPSMI maka kita akan menghakis dan melupakan terus bahasa ibunda.saya jawab sebagai tidak………kita tetap juga berinteraksi dalam Bahasa melayu di luar kelas, di rumah atau dalam erti kata lain dalam urusan seharian………Bukannya apabila kita mengikuti PPSMI maka kita tinggalkan terus Bahasa Melayu……….tidak pernah pun termaktub dalam mana-mana perlembagaan yang mengatakan PPSMI ini bertentangan dengan undang-undang Negara kita kerana telah menghakis identiti Negara bangsa..jika kita benar maka mengapa perlu kita jadikan Bahasa Inggeris sebahagian daripada subjek teras andai pengajian dalam bahasa lingua franca merosakkan jati diri rakyat Malaysia………..Kita perlu sedar, Science and Math is not about the art of language but the solution and theory……..For example your niece know how to round off a figure and the skill is sufficient to solve mathematical question……..is that a matter or difference in her answer if she know Round off as Bundar……she still get the same answer  isn’t?sama juga kalau kita selesai soalan matematik dalam bahasa Jepun , Korea mahupun Zimbabwe…………hasil akhirnya akan tetap juga sama….. malah banyak terma Bahasa inggeris yang kita melayukan dalam subjek science…sebagai contoh kondensasi,inertia,reproduksi,sperma………..semua itu terma yang kita pinjam….jadi apa bezanya jika berbalik secara total dalam Bahasa Inggeris yang merupakan bahasa asal bagi terma pinjaman yang kita melayukan……..memudahkan para pelajar terutama apabila mereka meninjakkan kaki ke Universiti………yang harus kita berdua akui hampir keseluruhan buku rujukan bagi kedua-dua subjek ini  adalah dalam bahasa Inggeris bagi peringkat universiti..Cuba Muhammad bayangkan setelah 11 tahun seseorang pelajar belajar sains dan metematik dalam bahasa ibunda dan sesudah melanjutkan pengajian ke peringkat universiti kenyataan yang harus diterima oleh pelajar ini adalah beliau terpaksa menukar keseluruhan pemahaman sains dan Matematik yang beliau fahami dalam bahasa ibunda selama berbelas tahun ini ke dalam Bahasa Inggeris dalam masa yang singkat……. bukankah situasi tersebut lebih membebankan pelajar terutama yang mengambil kursus berteraskan mathematic dan sciences………Mungkin kita bukanlah golongan utama yang terkena tempias ini memandngkan kita adalah pelajar dari fakulti undang-undang  tetapi kita harus lihat dari perseptif pelajar beraliran sains dan Mathematics di universiti………Dan tujuan PPSMI dilancarkan  kerana ia dilihat sebagai langkah ke arah menyediakan para pelajar bagi menghadapi perubahan medium bahasa perantaraan di peringkat universiti……….yang saya rasa sangat membantu dalam meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris bersandarkan kepada pengalaman saya as a student from rural area……ramai yang mendakwa para pelajar dari kawasan pedalaman ketinggalan dalam pelajaran dn perkara ini lebih parah apabila PPSMI di kuatkuasakan……..kita harus sedar, Bukannya PPSMI ini dilakukan sesuka hati tanpa ada sebarang obligasi daripada Kementerian Pelajaran…menyedari hakikat bahawa kekangan yang berlaku hasil daripada perubahan kerajaan telah menyediakan dana khas bagi mendokong matlamat PPSMI……guru-guru yang terlibat dengan PPSMI dihantar berkursus dan diberikan dana dan elaun tambahan sebagai insentif terhadap perubahan yang dilakukan oleh kementerian…..malah kerajaan menyumbangkan dana khas khususnya kepada sekolah-sekolah di kawasan pedalaman untuk mewujudkan kelas khas bagi PPSMI…….bukan itu sahaja……..buku teks yang telah diterjemah disediakan dilengkapi bersama CD-Rom bagi memudahkan pengajaran dan pembelajaran serta menambah kefahaman ..malah input dalam Buku teks yang melibatkan PPSMI bukanlah diterjemah semata-mata tetapi ditingkatkan kualitinya dari aspek input dan persembahan.……seterusnya kita lihat adakah selepas pelaksanaan PPSMI kerajaan tidak langsung melihat kepada perkembangan dan refleksi pencapaian para pelajar…….masih segar di ingatan saya ujian kefahaman PPSMI yang dilakukan oleh kerajaan untuk melihat setakat atau sejauh manakah keberkesanan PPSMI kepada tahap pencapaian para pelajar dalam P&P yang dilakukan secara berkala.. Utk dilihat secara nyata…….mari kita rujuk kepada pencapaian PMR 2008 yang mencatatkan peningkatan bukan sahaja dalam bahasa Inggeris tetapi juga Mathematics and Science……..Adakah hari ini apabila kita melaksanakan PPSMI maka indeks pencapaian Bahasa Melayu kita menurun…….saya kira tidak……….pencapaian pelajar tetap memberangsangkan…………dan PPSMI tidak pun menghakis bahasa Melayu…..

Saya sedar, tiada benda yang sempurna di dunia ini………kita bukannya hidup di syurga..maka begitu juga dengan gagasan PPSMI…….memang benar tiada salahnya dengan objektif PPSMI dan sejujurnya saya juga menyokong gagasan ini secara dasarnya, tetapi kita tidak boleh menutup mata terhadap kekangan yang timbul hasil daripada pelaksanaan PPSMI……saya agak terkilan dengan sikap kerajaan yang tidak konsisten dan berubah…….kita lihat sahaja kepada sejarah medium perantaraan yang digunakan dari dulu hingga sekarang………..BI ke BM, kemudian ke BI semula dan sekarang ura-ura timbul mahu bertukar semula ke BM………..it’s such a waste of money and time……..dan jika benar kerajaan benar-benar komited terhadap pelaksanaan dasar mereka……..maka kenapa perlu ditimbulkan UMNO isu ini yang kononya  PPSMI mencabar ketuananan melayu terutama dari aspek bahasa……sedangkan ianya nyata telah bertentangan dan bercanggah dengan pendirian mereka……kita seharusnya matang dan bukannya bersandarkan kepada emosi semata-mata……..Jgn menjadi dengar guruh di langit air di tempayan dicurahkan…….jag kerana mengejar politik maka isu pendidikan kita gadaikan……….kita harus realistik dalam menilai perkara ini…..jgn hanya kerana PPSMI sukar dilaksanakan,maka kita hujani dengan 1001 alasan untuk menafikan matlamat murni PPSMI…..Bukan senang nak senang dan bukan mudah nak mudah………

I’ am not trying to become racist but this what others think about us ( NON-BUMI )

“ In class, ( Malays ) are the dumbest dumbest of the lot. Yet they get admitted to public universities. 80% of the time thanks to racist government. As a result they graduated unemployed because their English sucks and, but turn the tables around and says the employers are racist. They blame their pathetic pampered lives on other people (other races? ) and not the fact that they are too lazy and dependent to achieve success. “

Reset

Chapter 5 pg.52

I hope this things will remain as an assumption by others but proven wrong by us……..i hope we are able to terminate such tort……we are not pampered ,confuse and doubtful race…….

Started at : 0035 a.m, 28 February 2009

Finished at : 1424 p.m 28 february 2009

Saya rasa setakat itu saja yang mampu saya kupas tentang isu PPSMI buat masa sekarang..Alhamdullillah jika sudi dibaca hingga ke akhir..moga ruang diskusi ini memberi manfaat bersama dan mendapat redha dan keberkatan Allah……

“ Kalau sekiranya kebenaran mengikut hawa nafsu mereka nescaya binasalah langit dan bumi dan sesiapa yang di dalamnya.Tetapi kami datangkan kepada mereka suatu peringatan untuk mereka (Quran) lalu mereka berpaling dari peringatan itu “

Surah al-Mukminun,Ayat 71

Pandangan Hati Muda

PANDANGAN HATI MUDA

 

 

2008
 

PANDANGAN HATI MUDA


 

 

Assalammualaikum dan salam sejahtera semua………….tujuan aku menulis secebis pendapat ini timbul tanpa diduga dan dipaksa………..sekadar meluahkan apa yang terbuku di hati aku selama menjadi warga Malaysia berdasarkan pandangan orang muda seperti aku yang tidak pro mana-mana pihak………..i never put my trust in politics……..Tapi kalau nak klasifikasikan sebagai anti politik mungkin 89% kot.Aku lebih selesa dikenali sebagai free thinker tapi bukan tak percayakan agama jauh lagi Islam…..Cuma lebih gemar menganalisis sesuatu senario.Semuanya bersandarkan kepada penganalisaan logik akal aku terhadap beberapa isu yang aku kira tak pernah terfikir pun dek kepala otak mat-mat rempit mahupun mat pit-mat pit di luar sana.Tapi analisa aku kali ini mungkin kelihatan agak kasar dan melompat sana sini tapi ini sekadar interface atau main idea aku terhadap isu utama yang aku nak ketengahkan..harap korang tak pening.

            Isu utama yang menarik perhatian aku tentunya pergolakan politik dalam Negara dan aku pasti korang pun tak nafikan pertikaian yang jelas berlaku atau perbalahan yang timbul antara kerajaan dan pakatan pembangkang.Seperti yang aku tekankan sejak awal tadi yang aku memang tak pernah meletakkan kepercayaan terhadap politik sebab pada pandangan aku…there no such clean politics in this world melainkan naluri keislaman yang ulung pada era pemerintahan Nabi Muhammad S.A.W.Kalau nak diikutkan menurut pandangan atau definisi oleh ahli falsafah “ Humans are naturally animals in the sense of politics ” Jadi, menurut perkiraan aku , manusia pun kadang-kadang dah lupa di mana martabat akal mereka apabila diracuni politik. Aku tak nafikan memang Malaysia sebuah Negara yang progesif dari aspek pembangunan  ekonomi tak ketinggalan juga politiknya..dan kita harus akui yang Malaysia wujud hari ini adalah beralaskan kepada perjuangan politik yang berlandaskan kaum..seperti yang kita sedia maklum Umno-Melayu,Mic-India,Mca-Cina dan begitu juga untuk Sabah dan Sarawak.Hak dan suara penduduk yang berbilang bangsa diperjuangkan oleh parti politik yang berperanan memeperjuangkan kepentingan kaum masing-masing..dan itu bukannya satu kesalahan tapi akan membawa bencana kepada perpaduan andai masing-masing dah terlampau obses dengan perjuangan ideologi kaum masing-masing.Melayu dengan simptom “ Melayu Mudah Lupa “, Cina dengan 13 Mei dan yang tebaru kaum India dengan isu Hindrafnya.Aneh memang aneh tapi lawak pun ada jugak bila mengenangkan betapa hipokritnya para pemimpin parti politik ini yang menggula-gulakan para pengikutnya dengan kiblat perjuangan yang jumud dan tak salah kalau aku kata masing-masing mempunyai agenda dan konspirasi yang tersendiri..kalau ada yang kata kononnya memperjuangkan nasib kaum-kaum tertentu mungkin sekadar topeng atau hijab nak menutupi nafsu untuk mendapatkan pengaruh dan menjadi yang paling berkuasa tak kira dengan apa jua cara sekali pun………haram dan halal dah tak ada bezanya bagi manusia-manusia yang bernafsu besar begini..yang penting nak jadi berkuasa jadi secara automatiknya ada kuasa wang.Mungkin korang dah boring dengar aku merepek cam ceramah agama saja……..tapi kalau tak percaya cuba buka blog kerajaan dan pembangkang…….masing-masing mengata,maki dan menyebarkan fitnah antara mereka……..mengapa?Jawapannya mudah saja…………PENGARUH!PENGARUH!PENGARUH! Kalau dulu mungkinlah senario begini tak menjadi-jadi tapi memandangkan DUNIA SEKARANG TANPA SEMPADAN ( begitu juga anak-anak muda zaman sekarang,dah tak ada sempadannya! ) maka mediumnya pun dah tak da sempadan mahupun limitasinya……Dalam internet tue.klik aja pasal politik Malaysia………….percayalah………kalau 44 hari 44 malam pun belum tentu habis………akhirnya kita yang bingung sendiri……..ada yang anti itu, ada yang pro ini.maka jawapan terhadap persoalan kita,mana satu betul, mana satu salah akan tergantung begitu saja sampai ke liang lahad..jadi aku nasihatkan korang jangan pula terima bulat-bulat aja apa yang terpampang kat internet tu.nampak ja macam dah established dan genuine tapi sebenarnya sampah semata-mata..tak ada bukti yang sohih lagi terang dan bersuluh..sekadar dakwaan palsu semata-mata terhadap beberapa isu yang sengaja diada-adakan..baik,dah penat aku merapu-rapu..aku teruskan saja kepada isu yang aku nak spesifikkan terutama menyentuh perihal perpaduan..

            Pertama yang aku nak komen mengenai isu “ Ketuanan Melayu “..yang aku pasti antara agenda utama Umno dan kaum Melayu itu sendiri..Baru-baru ini pendapat yang dikeluarkan oleh Datuk Zaim Ibrahim(Menteri Di Jabatan Perdana Menteri) yang menyatakan bahawa sifat ketuanan Melayu yang telah merosakkan bangsa itu sendiri itu sendiri telah mencetuskan kemarahan orang melayu terutamanya pemimpin tertinggi Umno seperti Rais Yatim.Beliau menambah lagi bahawa bahawa kegagalan orang Melayu membezakan antara istilah “ Hak-hak Istimewa Melayu “ dan  “ Ketuanan Melayu “ telah menjadikan orang Melayu lebih suka bermegah-megah dengan gelaran Tuan daripada melakukan sebarang usaha untuk memajukan bangsa Melayu itu sendiri..dan pendapat ini telah mendapat respons dan impak yang sangat hangat ketika itu memandangkan sedang berlangsungnya Perhimpunan Agong Umno…….dan demi untuk menunjukkan sifat overprotective dan kecintaan yang tinggi terhadap Bangsa Malayu, beberapa calon utama untuk jawatan tertinggi Umno telah cuba muncul menjadi Hero kepada bangsa Melayu dengan melemparkan kritikan-kritikan pedas terhadap kenyataan Datuk Zaim……..dan saya bukanlah nak backing sesiapa Cuma merasakan yang kenyataan Datuk Zaim telah disalahertikan,dipolitikkan dan dipropagandakan demi kepentingan segelintir pihak..sepatutnya sebagai seorang ahli politik yang boleh dikategorikan sebagai veteran dan dah berpengalaman sewajarnya menimbang tarakan pendapat Datuk Zaim dan parti dan seterusnya barulah melakukan justifikasi yang sewajarnya bukan semata-mata berorientasikan kepada ideologi dan kepentingan peribadi semata-mata..dan sekiranya tindakan batuk Zaim adalah tidak wajar dan salah…….maka dia harus diperbetulkan secara matang dan profesional dan bukannya melalui telahan-telahan emosional..dan sifat overprotective yang telah ditunjukkan sememangnya mendapat reaksi tidak menyenangkan dari bangsa lain..sedar-sedarlah yang kita bukannya satu-satunya bangsa tunggal yang hidup di Malaysia………..apa yang paling menyedihkan aku apabila tonggak-tonggak Umno itu sendiri  gagal memahami fungsi serta perbezaan        “ Hak-hak Istimewa Melayu “ dan  “ Ketuanan Melayu “ ..bagaimanalah ketam nak mengajar anaknya berjalan dengan  betul……….kalau dah kepala bengkok, ekor pun ikut herot jugak……tapi Nampak sangat tak adil kalau nak menyalahkan pemimpinnya saja sedangkan tanggungjawab memastikan kelangsungan bangsa adalah tanggungjawab semua ahli dalam kaum itu sendiri.. aku nak menyeru semua pihak terutama Orang Melayu yang masih sayang akan Jati Diri Melayu…………..JANGAN TAKUT!USAH GENTAR! Untuk mendalami,memperhalusi serta mengkaji maknanya yang sebenarnya bagi perbezaan kedua-dua frasa tersebut..nampak macam sama,tapi besar bezanya bagi yang benar-benar menghayati maksud Melayu……….Menurut Hang Tuah “ Takkan Melayu Hilang Didunia”………..tapi persoalan yang bermain-main di benakku…” Melayu Yang Bagaimana?”…………rasa-rasa korang?

            Kedua,setelah penat bercerita kisah Melayu..aku nak masuk pula bab kaum Cina……..harap Chua Soi Lek tak mengamuk…memang aku akui……kaum Cina memang memiliki Ketuanan Ekonomi……..dan mereka adalah pelopor kekayaan Di Malaysia……..maka tak hairanlah Nabi pun pernah bersabda,             ” TUNTUTLAH ILMU HINGGA KE NEGERI CHINA”..bukannya aku pro Cina,sebab aku pun Melayu jugak……sangat meninggikan budaya bangsaku…..tapi keadaan ini merupakan kesan jangka panjang yang di hadapi oleh Negara bangsa Malaysia setelah dasar Divide&Roll yang diamalkan oleh penjajah semasa era pemerintahan British kolonial..Cina di asingkan ke Bandar-bandar dan lombong,Melayu di luar Bandar dan India diestet-estet getah……pada waktu itu kita dapat lihat betapa besarnya jurang ekonomi dan sosial antara kaum dan kemuncaknya Peristiwa 13 Mei 1969..maka untuk mengubati luka-luka perkauman……..Dasar Ekonomi Baru diperkenalkan  menstabilkan semula perbezaan masalah yang berlaku dalam erti kata lain membantu khususnya kaum Melayu dan Bumiputera merapatkan kesenjangan ekonomi dan jurang sosial…supaya kejadian berdarah tersebut tak lagi berulang lagi..Betapa kecewanya Bapa Kemerdekaan kita ketika itu hingga sanggup meletak jawatan lantaran perpaduan yang diperjuangkan sebelum dan selepas merdeka diletak ke tepi oleh rakyat demi kepentingan kaum masing-masing..so, apa resultnya hasil perjanjian tersebut yang boleh kita lihat hari ini?Kaum Cina masih memiliki Ketuanan Ekonomi dan Kaum Melayu dengan Ketuanan Politiknya.,tapi bagaimana pula kaum India pula? So, tak peliklah kalau timbul dakwaan bahawa mereka telah dianaktirikan di bumi Malaysia………tapi bukannya bermaksud mereka dinafikan haknya di bumi Malaysia Cuma mengikut telahan aku bukan diorang jer tapi termasuk kaum Cina pun tak puas hati jugak apabila Kaum Melayu diberi keutamaan dalam DEB…maka untuk membuktikan kata-kata aku,cuba korang baca 7 indikator yang telah dikeluarkan oleh Ong Ka Ting yang membuktikan kegagalan “Ketuanan Melayu”..kenyataan Chua Soi Lek mengenai ketidakrelevenan konsep tersebut serta penolakan kerajaan Pulau Pinang yang dikuasai oleh DAP untuk mengamalkan DEB ..kemudian kita lihat beberapa isu yang telah dibangkitkan oleh ahli politik bukan berbangsa Melayu yang menyentuh isu sensitiviti perkauman yang akhirnya menyebabkan berlaku perbalahan antara kaum..contohnya isu penggunaan Bahasa Bukan Melayu bagi papan tanda di Pulau Pinang, tuntutan penyediaan terjemahan dalam Bahasa Mandarin Dan Bahasa Tamil untuk kertas peperikasaan awam ( UPSR, PMR, SPM )..tentu korang pelik apahal la aku nak kaitkan isu bahasa kebangsaan dengan Ketuanan Melayu……..tapi sedar atau tidak Bahasa Kan Lambang Jiwa Bangsa..maka secara automatiknya kedaulatan penggunaan bahasa Melayu  tertakluk di bawah Konsep Ketuanan Melayu….kalau dah semua nak guna bahasa kaum masing-masing..agak-agaknya nanti ada berapa bahasa kita nak kena kuasai…..tu baru kat Semenanjung…….kat Sabah & Sarawak yang ada  lebih dari 44 kaum..Bidayuh,Kadazandusun,Penan………agaknya lebih 100 bahasa yang kita kena kuasai kalau nak berinteraksi sesama bangsa Malaysia..akhirnya aku rasa kita semua kena guna bahasa Isyarat kot nak berinteraksi kalau nak adil dan memuaskan hati semua pihak…………lu pikirlah sendiri! ( kata Nabil )..dan yang paling menarik perhatian aku dengan dakwaan Pulau Pinang bakal mengikut jejak Singapura..aku pun  tak nafikan perkara tue akan berlaku juga satu hari nanti malah tak pernah sebarang penafian yang diberikan oleh Lim Guan Eng..kalau berdasarkan yang kita lihat keputusan PRU-12..nak atau pun tidak kita kena akui yang kaum Cina sudah hilang kepercayaan kepada MCA yang dianggap terlampau berlembut dalam memperjuangkan hak kaum Cina dan terlampau mengikut telunjuk BN..mereka mahukan yang lebih ekstremis  seperti DAP yang kini telah mempunyai dan menguasai sebuah kerajaan negeri yang boleh dijadikan markas atau kubu pertahanan andai kata berlaku perang saudara…(wow,futuristiknya!) lihat saja kelantangan Lim Keat Seang di parlimen..tak makan saman kata orang………..kerana sifat lantang DAP itulah yang telah memberi gambaran kepada Kaum Cina yang percaya hak mereka hanya mampu diperjuangkan DAP yang bersifat dominan dan protective.maka.mereka rasa selamat bernaung di bawah DAP..jadi tak hairanlah jika kita lihat MCA dah berura-ura untuk keluar dari Barisan Nasional supaya mereka lebih bebas dan tak terikat dalam memperjuangkan hak kaum Cina……..tapi akhirnya tak jadi pula…….bukannya aku nak menyokong penyingkiran MCA tapi bila difikirkan kalau orang dah tak suka,buat apa kita nak paksa…

            Ketiga, aku nak bercerita mengenai kaum India..tapi aku rasa yang paling kritikal apabila isu Hindraf timbul..bukannya nak menjustifikasikan kaum India tapi melihatkan kepada dakwaan-dakwaan yang dilakukan oleh Hindraf yang kononya ada penghapusan etnik di Malaysia oleh kerajaan.Tapi menurut aku,tak pernahlah ada lagi pembunuhan beramai-ramai kaum India seperti yang berlaku di Bosnia Hergezovina iaitu penghapusan etnik yang dilakukan oleh puak Serbia ke atas rakyat Bosnia..kalau ada pun dah tentu Pak Lah dan kerajaan sudah dihukum mengikut lunas perundangan Mahkamah Antarabangsa kerana telah mencabuli hak asasi kemanusiaan..dan ekoran penahanan pemimpin tertinggi Hindraf oleh ISA telah menyemarakkan lagi kemarahan orang India terhadap kerajaan..Hindraf inilah yang bertanggungjawab mengapi-apikan kaum India yang kononya telah dinafikan haknya dalam Malaysia..tapi yang aku hairan bin ajaib……mengikut pendapatan per kapita seisisi rumah mengikut kaum..orang Melayu yang paling rendah.Malah kaum yang paling tinggi kadar kemiskinannya masih dikuasai Melayu..kiranya semiskin-miskin India,miskin lagi la orang Melayu..jadi kalau nak ikut statistik siapa lagi yang  dipinggirkan  secara lagi logiknya..korang tentukan sendiri..tapi aku kira ni bukan pokok persoalan yang menyebabkan pertikaian oleh Kaum India………tetapi melihatkan kepada dasar kerajaan yang melebihkan Kaum Melayu dan Bumiputera dari aspek bantuan dan kewangan menyebabkan perasaan tidak puas hati terus dipendam dan akhirnya meletus dan hasilnya kita lihat lahirnya ekstermis seperti Hindraf..tapi secara jujurnya memang aku ada perasaan kesal pada orang Melayu yang gagal memanfaatkan sepenuhnya segala bantuan yang telah diberikan oleh kerajaan sebaliknya telah menyalahgunakan kelebihan yang diberikan meski pun bukan semua tapi kerana nila setitik rosak susu sebelanga..seperti isu pengalibabaan tender-tender kerajaan..sedih memang sedih tapi itulah kenyataannya..orang Melayu dimanjakan dengan subsidi dan yang paling mengejutkan dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan orang Melayu hidup semata-mata hasil suapan kerajaan.. memang tidak dinafikan status kehidupan orang melayu kini lebih baik jika dibandingkan dahulu tetapi kita tetap berada ditahap yang belum boleh dibanggakan kalau nak dibandingkan dengan kaum India dan Kaum Cina…kalau nak ikut pengalaman aku..dari penceritaan kenalan aku yang pernah bersekolah di sekolah jenis kebangsaan aliran Cina..mereka sejak dari awal pendidikan sudah menekankan kepada anak bangsa mereka bahawa mereka adalah penumpang di Negara ini..jadi untuk survive mereka perlu berusaha lebih keras dan jadi lebih baik dan berkuasa dari bangsa lain di Malaysia..bukannya aku nak memburukkan bangsa Cina tapi kalau itulah yang telah tertanam dalam fikiran mereka sejak awal lagi maka aku sudah tidak nampak apa relevennya perpaduan yang diperjuangkan selama ini..andai masing-masing sudah mengabaikan semangat kekitaan yang kononya gah dilaung-laungkan oleh para pemimpin..

            Aku mengandaikan keadaan perkongsian kuasa yang diamalkan Malaysia tak ubah seperti keadaan perkahwinan kongsi ataupun hidup bermadu..kaum-kaum di Malaysia diibaratkan seperti para isteri dan kerajaan sebgai suami dan Malaysia sebagai rumahtangga..maka dalam sesebuah rumahtangga pasti ada perbalahan yang berlaku antara suami isteri tambah-tambah lagi yang berkongsi kasih..si suami tak mungkin dapat berlaku adil secara total maka masing-masing harus belajar toleransi dan membangunkan sebuah rumahtangga yang bahagia melalui kasih-sayang..sedangkan seperti kata Allahyarham Tan Sri P.Ramlee sedangkan lidah lagikan tergigit inikan pula suami isteri…………..

            Keempat, aku nak bercerita menegenai senario yang berlaku di dewan parlimen…dewan yang menentukan hala tuju hal ehwal pentadbiran sama ada dari aspek dasar mahupun polisi seperti penggubalan mahupun pewartaan akta-akta baru selain dari Dewan Negara..kalau korang lihat tentu tak percaya bagaimana dalam keadaan Dewan Parlimen yang sentiasa gamat dan riuh dengan bantahan mahupun pertikaman lidah anatara kumpulan pro dan anti ialah tempat dimana undang-undang mahupun kebajikan rakyat telah diperjuangkan…masing-masing terpekik dan terlolong tak ubah macam dalam zoo kononnya kau betul,aku salah..akhirnya Yang Dipertua Dewan terpaksa masuk campur daripada duduk makan gaji buta sahaja………..nasib ada beliau…..kalau tak sampai ke kiamat tiada dasar Negara yang dibuat lantaran masing-masing nak menang lawan mulut.. yang paling tragis dengan megahnya mengaku pemimpin rakyat………tapi kalau dinilai etika dalam parlimen masing-masing riuh tak ubah macam budak-budak darjah satu bergaduh berebut coklat….sedarkah anda wahai wakil-wakil rakyat sekalian bahawasanya Dewan Parlimen bukan tempat nak berebut coklat atau main masak-masak..tapi tempat lahirnya undang-undang tertinggi Negara dan yang menentukan hala tuju Malayasia…….masing-masing berlagak nak tunjuk lantang dalam Dewan parlimen yang kadang-kadang bergaduh untuk benda yang sia-sia..ada saja yang nak dibantah..itu memang la kena terima sebab kerja pembangkang untuk membangkang tapi kadang-kadang untuk isu yang tidak relevan.. dan bagi aku pula kerajaan gagal mencerap dengan baik segala kritikan pembangkang..bukannya menilai kesemua kritikan sebagai serangan ke atas parti semata-mata tetapi sebagai teguran yang membina..senario yang paling jelas aku dapat lihat dalam parlimen..asal ada kritikan saja dari mana-mana proksi maka masing-masing bangun untuk mempertahankan pendirian dan kelemahan walaupun dah jelas salah…dan selama aku hidup belum pernahlah aku mendengar sepatah dari mana-mana ahli parlimen bangun untuk mengakui kesalahan dan dengan penuh gentleman untuk memperbetulkan kembali pendirian..kalau adalah mana-mana Yang Berhormat melakukan keajaiban yang aku sebut tu..memang solute dan tabik spring untuk beliau..tetapi keadaan  yang paling kritikal ialah kegagalan untuk ahli-ahli parlimen yang bersidang untuk meninggalkan ideologi perjuangan politik masing-masing di luar Dewan..Dewan Parlimen telah menjadi medan pertempuran antara parti kerajaan dan pembangkang..dan dah jauh terbabas dari landasan dan tujuan yang sebenar iaitu untuk memperjuangkan kebajikan rakyat..sedar ataupun terlupa..siapa yang telah memilih Ahli-ahli Yang Berhormat ini untuk berada di dalam Dewan Parlimen kalau bukan rakyat..jadi mengapa perjuangan dan agenda parti yang diutamakan sedangkan bukannya parti yang memberikan ahli parlimen hak itu.. kalau Dr Mahathir boleh berbangga dengan pepatah “Melayu Mudah Lupa”..aku pun ada pepatah aku sendiri iaitu “Wakil Rakyat Mudah Lupa”..ini aku tujukan khas untuk semua ahli parlimen yang dah lupa diri..dan yang dah terkena simptom Angin Gila Kuasa..aku benar-benar berharap yang keadaan pertikaian dalam Dewan Parlimen adalah secara beretika,matang dan professional dan bukannya tempat melahirkan samseng-samseng dan pencaci-pencaci yang berjaya seperti yang sedang kita saksikan sekarang agar martabat Dewan yang mulia itu berada di tempat yang sepatutnya..selanjutnya mengangkat semula kebajikan rakyat yang telah jauh ditinggalkan oleh-ahli parlimen di tepi-tepi jalan..mungkin dakwaan ini dilihat terlalu kasar tapi itulah fakta yang berlaku di parlimen..bergaduh tak tentu hala..masing-masing menegakkan benang yang basah serta kepentingan agenda sendiri dan akhirnya isu kepentingan rakyat di biarkan sepi..apa yang penting bagi mereka?Kembali kepada konsep…AKU BETUL DAN KAU SALAH!AKU MENANG DAN KAU KALAH!

 

Selesai sudah cerita di Parlimen, sekarang aku nak beralih penceritaan mengenai perangai para pemimpin Negara..tentang Pak Lah VS Mahathir….dalam skop ini aku akan cuba bawa korang berfikir apa yang terjadi dan krisis ketegangan antara kedua-dua pemimipin ini.. dimulakan dengan Mahathir..lecturer aku pernah berpesan “ Never condemn Mahathir unless you are good as him “..ayat keramat yang akan aku jadikan garis panduan sebelum menjustifikasikan beliau..ramai yang melihat Mahathir sebagai lambang Diktaktor dan kuku besi..mungkin kerana kelantangan dan ketegasan beliau dalam pemerintahan Negara..tapi menurutku kerana ketegasan beliaulah Malaysia boleh berbangga dengan aura pemodenan yang dibawakan Mahathir..sejujurnya aku akui Mahathir adalah pemikir yang hebat,penuh dengan   pembawaan yang menjurus kepada pandangan masa depan..dan bagi aku yang telah merasai era pemerintahan Che Det dan Pak Lah..aku tetap mengatakan..zaman keemasan Malaysia adalah di bawah pemerintahan Mahathir..walaupun Majlis Raja-raja kurang senang dengan sikap Mahathir yang dikira terlalu berani bermula dengan isu kritikan Mahathir dalam Malay Dilemma..tetapi sekurang-kurangnya berjaya mengurangkan imuniti dan kekebalan Raja-raja Melayu daripada sebarang hukuman dan penguatkuasaan undang-undang..tetapi tidak dinafikan memang ada juga kepincangan dalam pemerintahan beliau seperti dari isu pengamalan rasuah dalam kalangan kakitangan awam..bagaimana moto Bersih, Cekap dan Amanah telah diperkenalkan tetapi belum berjaya mengubati barah sosial tersebut..kemudian berlakunya pencabulan kuasa apabila berlaku campurtangan Mahathir dalam badan Kehakiman yang akhirnya menyebabkan berlakunya krisis kehakiman pada 1988..dan Umno telah diharamkan pada ketika itu…tetapi diwujudkan semula melalui perjuangan Umno Baru yang kekal hingga sekarang..kemudian kita lihat lagi dalam sejarah pemerintahan Negara di mana seorang Timbalan Perdana Menteri telah dipecat dan disabitkan dengan dakwaan yang cukup kontroversi iaitu liwat..selanjutnya penahanan Anwar Ibrahim di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri ( ISA )..mengakibatkan tercetusnya Reformasi Anwar pada 1998..ada yang mengaitkan isu tersebut dengan helah Mahathir untuk menyingkirkan Anwar..walau apa jua kebenarannya..aku takkan sentuh melainkan hanya Allah yang mengetahui kesahihannya..aku yang masih kanak-kanak ketika itu menyangkakan sedang berlakunya perang saudara seperti di Indonesia..lantaran daripada isu tersebut lahirnya parti PKR yang telah diasaskan oleh Datin Seri Wan Azizah yang bermatlamat menuntut keadilan atas penahanan suaminya yang telah disabitkan dengan dakwaan yang dikira cukup memalukan bagi seorang pemimpin yang beragama Islam..tetapi seperti yang aku katakan tadi..aku tidak mahu menyentuh atau menyokong mana-mana dakwaan kerana bagi aku tak ada satu pun yang cukup telus bagi meraih kepercayaan aku..   Yang paling panas ialah tindakan drastik Dr Mahathir dan isterinya untuk keluar daripada Umno..dan kemudian setelah berbulan berkelana mejadi pemikir bebas..beliau kembali semula ke pangkuan Umno..ada yang menyokong dan ada yang mencaci tindakan Dr Mahathir yang dianggap jilat ludah sendiri..tetapi apa yang nak dihairankan kalau sudah begitu percaturan politik..hari ini mungkin kawan,esok mungkin lawan..tetapi bagi aku setiap tindakan beliau pasti ada motifnya kerana Dr Mahathir yang aku kenal bukanlah seorang yang berubah-berubah pendirian..apa yang dikata mesti dikota..kalau hitam katanya..hitamlah..kalau putih katanya..putihlah..aku sudah menjangkakan tindakan beliau untuk keluar daripada Umno..kerana kritikan-kritikan panas beliau secara terbuka mencetuskan provokasi dan perasaan tidak senang kepada kepimpinan baru di bawah legasi Pak Lah..bagi yang Pro Pak Lah..tindakan Dr Mahathir dianggap telah mencalarkan kredebiliti Pak Lah sebagai seorang ketua serta telah mendedahkan kelemahan dan lompang-lompang kepincangan kerajaan serta parti..dan apa yang pasti tindakan tersebut akan akan digunakan sebagai senjata oleh pembangkang untuk menjatuhkan kerajaan..tapi kalau ikut lumrah pun manusia mana khususnya seorang pemimpin tertinggi yang suka kalau dikritik dan ditegur..kalau tak sebagai seorang pemimpin  pun tentu ego seorang lelaki tetap ada..bagi yang pro Mahathir sudah pasti mewajarkan tindakan beliau yang dianggap membantu membetulkan kekhilafan dan kepincangan yang berlaku dalam legasi Pak Lah demi masa depan Malaysia..Dr Mahathir sendiri mengakui bahawa yang beliau bukanlah jenis manusia yang pasif dan taksub pada istilah bersara..beliau adalah seorang pemikir dan tidak akan limitasi masa dan khudrat bagi manusia pemikir seperti beliau..dan tindakan keluar dari Umno bukanlah semata-mata tunduk kepada tekanan dalaman parti itu sendiri tetapi sebagai keputusan yang adil terhadap dirinya bagi menyuarakan pandangan secara bebas dan tidak terikat kepada polisi parti tanpa perlu menjaga hati mana-mana pihak..setuju atau pun tidak..aku tetap mengatakan bahawa Dr Mahathir meupakan aset bernilai kepada Umno dan rakyat..mungkin kelantangan beliau menyuarakan pandangan dianggap terlalu aggresif dan tidak sesuai dengan dasar keterbukaan politik Malaysia..   

Seterusnya aku teruskan kepada Pak Lah..sebagai seorang rakyat..aku mengenali beliau sebagai seorang pemimpin yang mementingkan nilai keislaman dalam pemerintahannya..aku puji kegigihan beliau untuk mengembalikan integriti dan ketelusan pemerintahan seterusnya menyambung legasi Mahathir..jika Mahathir dilambangkan sebagai diktaktor,kuku besi dan tegas..Pak Lah pula dilihat sebagai toleransi,demokratik dan lembut..tetapi aku tetap nak ingatkan..baik biar berpada..jangan sampai yang ada yang pijak kepala..jika Mahathir boleh berbangga dengan aura pemodenan..Pak Lah boleh berbangga dengan konsep Islam Hadharinya…tetapi sayangnya..pembaharuan yang cuba disampaikan oleh Pak Lah tidak terlalu jelas kerana konsep Islam Hadhari lebih bersifat kepada pengamalan individual dan berpaksikan kepada pembentukan insan yang seimbang dunia dan akhiratnya..serta tidak bertumpukan kepada pembangunan fizikal secara intensif seperti yang telah dilakukan oleh Che Det..kesan yang dibawakan oleh Pak Lah aku kira kurang menyerlah dan yang tinggal hanyalah teori yang kabur semata-mata..tak ada yang salahnya dengan konsep Islam Hadhari itu sendiri cuma rakyat kurang jelas dengan hasil pelaksanaan konsep tersebut..sama ada memberi manfaat secara spiritual ataupun fizikal semata-mata..jika pemergian Mahathir meninggalkan Malaysia dengan Menara Berkembar Petronas,Litar Sepang,Menara KL,Mahathirsm dan Wawasan 2020..Pak Lah pula?Mungkin itu antara soalan yang akan ditanya oleh generasi akan datang..aku percaya ada sebuah nilai dan etika yang cuba disampaikan oleh Pak Lah cuma cara pendekatannya kurang sesuai dan tidak kena pada masa dan caranya dengan konotasi  senario politik Malaysia..kekadang aku kesian melihat Pak Lah yang aku kira terlampau berlembut dalam pemerintahannya yang mengakibatkan ramai yang naik kepala dan secara beraninya mencabar beliau..di tambah lagi dengan kehadiran menantunya yang aku kira menambahkan lagi beban tohmahan dan fitnah kepada Pak Lah..Korang tentu pelik dengan kehadiran Khairi Jamaludddin secara tiba-tiba dalam arena politik Negara dengan bertiketkan title “Menantu Pak Lah”..mungkin kata-kata aku agak melampau..tapi agak-agak korang kalau KJ tak berkahwin dengan Nori..mampukah KJ mencapai semua kesenangan dan pengaruh dalam masa yang singkat seperti yang berlaku sekarang?Ramai yang beranggapan beliau cuba melampaui bidang kuasa yang dimiliki dengan bersandarkan semata-mata kepada Pengaruh Pak Lah..itu terpulang kepada persepsi masing-masing..

Kalau secara keseluruhannya, tentu korang mengklasifikasikan aku sebagai golongan yang tak pernah mengundi sebab pendirian aku yang tak pernah meletakkan kepercayaan kepada politik..dan percayalah telahan korang tu salah..Cuma aku dah bosan dengan senario yang menimpa Bumi Malaysia..dan bukannya tujuan aku untuk mempengaruhi korang bagi membenci politik..itu salah sama sekali.sememangnya telah menjadi hak korang untu mengundi .kita terpaksa akui yang politiklah yang telah mewujudkan Malaysia dulu dan kini..Aku Cuma nak korang berfikir sewajarnya sebelum melakukan sebarang pilihan..kita perlu mengubati kudis-kudis politik yang sedia ada agar tidak merebak dan menjadi barah..mengubah yang salah kepada yang betul dan meletakkan sesuatu di tempat yang sewajarnya..tiada sesiapa yang mampu menghalang pilihan korang kerana itu memang hak korang selaku rakyat yang menjadi tunjang kepada Negara..sebelum mengakhiri ruang pandangan ini ,aku ingin tekankan sekali lagi bahawa ini semua adalah bersandarkan semata-mata kepada isi hati anak muda seperti aku semata-mata tanpa merujuk dan dipengaruhi oleh mana-mana sumber rujukan..semuanya lahir terus dari hati..Jadi renung-renungkan  dan selamat beramal.. sentiasa ingat bahawa UNDI ADALAH RAHSIA :p

Pandangan Hati Muda

Duka Yang Kedua
Aku terluka lagi buat kedua kalinya. Sejarah telah pun berulang. Hati ini merana lagi..Air mata menitis lagi kerana insan bernama Adam. Adakah kali ini aku patut bertepuk tangan mentertawakan kebodohan aku diperdayakan jerat percintaan yang diatur oleh lelaki? Atau aku patut menangisi kelembutan hatiku yang sering terusik pada godaan lelaki..Cinta kurniaan suci dari yang esa..Telah ku rasai nikmat danku rasai pedihnya……..terasa kekerdilan diri ini di bawah lembayung dugaanmu……Cinta itu bukan milikku…..bukan milikmu juga…… tetapi milik Penguasa Alam yang menciptakan Cinta… Kekecewaan kedua ini ku lewati dengan karam bahtera pada gelora jiwa mudaku….kesedihan yang mematangkan diriku…..yang mendewasakan diriku pada manis bicara insan yang penuh kepalsuan..sedetik pun tidak terlakar amarahku padamu kerana aku sedar aku ni hanya seorang hamba yang pasrah pada suratan takdirku…..redhaku pada ketulusan hati yang sering mendambakan titisan kasih…yang ingin dikasihi dan mengasihi…Meski tercemar pada dusta harapanmu…..aku tersedar dari terus lemas di lautan api asmara..sekiranya aku mempunyai peluang untuk berbicara denganmu semula…..aku sekadar mahu mengucapkan penghargaan yang tak terhingga mencederakan hatiku buat kali kedua….tiada kebencian, tiada kemarahan..sekadar kekecewan kerana jatuh pada lopak kedukaan yang sama……penghargaan pada dirimu atas peringatan buat kedua kalinya……pengulangan hanya untuk jiwa yang bebal….pengajaran yang paling bernilai buat jiwa wanitaku..pintu hatiku pastikan rapat terkunci supaya tiada lagi tusukan asmara yang palsu nalurinya…..tiada lagi ruang untuk cinta untuk Adam..ruangnya dipenuhi tangisan kesedihan, luka dan nanah kekecawaan atas kesakitan disebabkan bangsamu jua…jangan salahkan diriku…..biar luka telah sembuh…..kesannya masih berbakas dan tiada terpadam…..aku yakin Allah Itu Maha Pengasih…..maka biarlahku sambut tasbih cintanya yang tulus dan tiada kecelaan…..dengan cinta kenal pencipta….maka padanya jua letak cintaku…..keranamu juga aku makin pasti pada sinar kasihNya……aku sudah letih dialun dengan manis bicaramu yang suram tulusnya..biarku pelihara cinta ini untuk yang berhak…terima kasih kerana mengingatkan tarafku di alam ini……akanku jadikan landasan dan ingatan jangan tersungkur buat kali ketiga…biarlah ini yang terakhir..aku takut tembok sabarku tiada tahan…..warasku pastikan larut jua dipenghujung cerita.. ……ku pohon drimu tiada berpaling untuk menagih hatiku……tiada peluang kedua pada sandiwaramu…. biarkan ku damai pada kembara penghidupan.dan kau berpaksi pada denai takdirmu……kita berbeza dan tiada bertautan……perbezaan tiada melengkapi melainkan menjarakkan…… aku pasrah menjadi lakaran kenangamu terhadap lukisan naluri wanita yang tersadai pada ceritara palsu ciptaanmu…..Pada yang Esa ku merintih keadilan kasih yang sudah terkulai dibadai nafsu…..aku sudah terpencil dari titisan cinta yang penuh duri…biarku semai benih kasihku pada Sang Pencinta yang teragung….aku tidak selayaknya untukmu dan dirimu tiada berhak untuk hatiku…….maka tetaplah kita pada watak kehidupan yang berserakan……
FINISHED AT : 12.57 NOON/ 11 MAY 2009
“ KEKECEWAAN MEMATANGKAN DIRI AKAN BIJAK AKALMU PADA RAHMAT DI BALIK UJIANNYA”

DEMI CINTA SUCI
Pernah hatiku luka pedih,
Kerana dicalari cinta penuh duri,
Lemas aku dalam dilema,
Kata janji manis sungguh tak bermakna,
Mencarimu kasih bagai mencari mutiara putih,
Walau ke dasar lautan sanggupku selami,
Namun tak percaya apa yang telah aku terjumpa,
Kau sebutir pasir tak berharga,
Demi yang cinta yang suci,
Kurela korbankan kepentingan diri,
Demi sinar bahagia,
Kuhambakan diri padaNya yg Esa,
Baru kini kurasai nikmatnya cinta yang suci,
Tiada terbanding dengan cinta yang kau beri
Ranjau yang berduri akan aku tabah menempuhnya,
Menyubur iman di dalam jiwa,
Demi yang cinta yang suci,
Kurela korbankan kepentingan diri,
Demi sinar bahagia,
Kuhambakan diri padaNya yg Esa,
Demi cinta hakikiku sanggup redahi apa yang terjadi,
Apalah erti cinta suci,
Andai janji-janji sering dimungkiri,
Apalah erti cinta murni andai kata-kata sering didustai………..

Hello world!

Welcome to WordPress.com. This is your first post. Edit or delete it and start blogging!